Thursday 19 July 2012

Perisian (Software)

Perisian komputer terdiri daripada program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan) atau parameter "setting" yang membolehkan perisian tersebut beroperasi supaya komputer dapat melakukan sesuatu tugas yang diarahkan pengguna atau ditentukan oleh pembangun perisian tersebut


Jenis-jenis

Perisian boleh dibahagikan kepada empat (4) kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan, perisian penggunaan, dan juga perisian penyenggaraan dan keselamatan.

Perisian Sistem membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagai contoh Operation System, Disk Partition, BIOS, GRUB, MBR dan lain-lain berkaitan

Perisian Pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan pperisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain berkaitan.

Perisian Penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar, mendengar lagu dan sebagainya.

Perisian Penyelenggaraan dan Keselamatan atau aplikasi penyelenggaraan dan keselamatan membantu menjalankan tugas-tugas bersifat selenggara pencegahan dan pembetulan (tidak berkenaan dengan komputer) seperti "error checking", "defragment", "device manager", antivirus dan lain-lain perisian berkaitan dengan  penyelenggaraan dan keselamatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...