Sunday 8 July 2012

Sistem Komputer

Sistem Komputer? Sistem Komputer merupakan satu ganbungan perkakasan (hardware) komputer dan perisian (software) yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh, komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala. Internet merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.

Komputer yang paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer, kerana kedua-dua komponennya (perkakasan dan perisian) perlu bekerjasama. Dan bila berkata tentang sistem komputer, satu perkara yang turut diperkatakan ialah "saling sambung" (interconnection). kebanyakkan sistem komputer saling bersambung/berhubung unutk menjadi sistem yang lebih besar. penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan oleh ketakserasian antara perkakasan-perkakasan dan perisian-perisian sistem tersebut.

pereka sesuatu sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor sambungan produk mereka dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC. menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk menghubungkan pelbagai komputer menggunakan satu set peraturan dankekangan yang dipanggil protokol; yang mentakrifkan "pandangan luar" (outside view) sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai pandangan luar yang sama, maka ia boleh bersambung dan menjadi sistem komputer yang lebih besar.


sumber : wikipedia

2 comments:

  1. syah.. tima kaseh utk information yg syah trgkan 2.. arp lps ny emy bule bljr serba sedikit sal sistem komputer ny dkt syah..

    ReplyDelete
  2. ok baik la..sesama la kita blajor ok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...