Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Istilah perkakasan merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal apda sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja dalam sesebuah komputer.
Antara-antara perkakasan (hardware) Komputer :-
- Motherboard
- Central Processing Unit (CPU)
- Harddisk Drive (HDD)
- Solid State Drive (SSD)
- RAM
- Power Supply Unit (PSU)
- Graphic Card / Graphic Processing Unit (GPU)
- DVD-ROM
- Casing
- monitor
Motherboard
Motherboard juga dikenali sebagai papan utama atau papan sistem, merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem elektronik rumit. Motherboard mempunyai soket dan slot bertujuan untuk memegang seperti Processor, RAM, Graphic card, Sound Card dan lain-lain
Central Processing Unit (CPU)
CPU ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian (software). Dalam kebanyakkan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) yang melakukan operasi terhadap data.
Harddisk Drive (HDD)
Cakera keras (Harddisk) merujuk kepada komponen storan capaian rawak tidak meruap yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti pendrive, DVD-ROM atau CD-ROM. Data disimpan dan dibaca menggunakan prinsip kemagnetan. Harddisk disambungkan ke papan utama (Motherboard) sama ada menggunakan antara muka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.
Solid State Drive (SSD)
Pemacu keadaan pepejal atau Solid State Drive (SSD) juga adalah sebuah peanti storan data yang menggunakan ingatan keadaan pepejal untuk menyimpan data kekal. Sebuah SSD meniru antara muka Harddisk lantas mudah menggantikannya dalam banyak aplikasi. SSD menggunakan SRAM dan DRAM (daripada menggunakan ingatan flash) sering dipanggil pemacu RAM.
Penggunaan awal istilah keadaan pepejal merujuk kepada penggunaan peranti semikonduktor berbanding tiub-tiub elektron, tetapi bagi konteks ini, ia juga telah diadaptasikan untuk membezakan elektronik keadaan pepejal dengan peranti elektromekanik. Tanpa sebarang bahagian bergerak, SSD adalah kurang rapuh berbanding harddisk dan lebih senyap.
Random Access Memory (RAM)
RAM adalah sejenis bentuk storan data komputer. Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di atas motherboard.
Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, RAM hanya ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan HDD atau SSD yang mempunyai ingatan secara kekal.RAM digunakan kerana ingatan semantara tersebut boleh dicapai dengan rawak dengan kadar yang lebih pantas. Oleh Itu, Lebih besar ruang (diukur dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu RAM sangat mempengaruhi pontensi sesebuah komputer.
Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebt lebih menyimpan ingatan sementara.
Power Supply Unit (PSU)
PSU biasa direka untuk menukarkan bekalan kuasa aurs ulang alik 100-120 V (Amerika Utara dan Jepun) atau 220-240 V (Eropah, Asia dan Australia) dari bekalan sesalur menjadi kuasa arus terus voltan rendah yang boleh digunakan untuk komponen-komponen di dalam komputer
Graphic Processing Unit (GPU)
GPU adalah sebuah cip yang bertugas untuk memproses data grafik yang dihantar oleh CPU sebelum dipaparkan ke monitor. GPU boleh jadi sama ada terbina di dalam motherboard ataupun dipakejkan dalam bentuk kad tambahan. Unit pemprosesan grafik yang dipakejkan dalam bentuk kad tambahan dikenali sebagai Graphic Card. Graphic Card disambungkan ke papan induk sama ada melalui slot PCI Express (piawaian terkini)

No comments:
Post a Comment