Thursday 19 July 2012

Sistem Operasi (Operating System)

Dalam bidang sains komputer, Sistem Operasi atau Operation System (OS) ialah kumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer. Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem operasi akan melakukan tugas asas yang berikut :

  •  Mengawal dan memperuntukkan ingatan
  • menjadualkan permintaan sistem
  • mengawal peranti input dan peranti output
  • memudahkan perangkaian dan
  • menguruskan sistem fail

Kebanyakan sistem operasi membekalkan atur cara penggunaan yang menawarkan antara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem operasi. Atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintah sebagai antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad 2980-an, ia telah digantikan dengan antara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.

Sistem Operasi pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muak pengguna kerana pengunaanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem Operasi ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows, Linux dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasaran komputer, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem UNIX yang lain. UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunya menggunakan Windows

Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows dan UNIX.








Sumber : Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...